Friday, November 19, 2010

Entry terperam : 3 october 2010

Salam semua.

sempena minggu raya nih, aku nak cerita pasal rumah terbuka. ekceli entry ni dah lama dah tersimpan dalam draft. memang kalau buat ikan pekasam, dah berulat-rulat dah kot.

Kejadian rumah terbuka ini berlaku pada 3 October 2010 yang lepas. dah lebih sebulan berlalu. Hari ni baru nak keluarkan entry ini. padahal  entry ini sepatutnya sempena raya aidilfitri. tapi aku tak kira. aku nak cerita time raya aidiladha. oh 3 october yang lepas, aku dan encik suami telah meng-organize satu open house kecil-kecilan. eh perumpamaan yang paling tepat, makan kecil-kecilan. kami hanya menjemput rakan-rakan office, ex-housemates, rakan-rakan encik suami yang berapa kerat dan beberapa orang saudara-mara. rumah sekangkang kera je. segan nak ajak ramai-ramai. kesian kat tetamu kalau tak selesa. itu pun ada satu time, kawan-kawan datang segerombolan. terus rumah jadi padat gila macam sardin dah. ada yang terpaksa makan kat luar rumah. aihhh. kasihan mereka. (T_T). eh rumah, kenapa kau tak boleh bertukar jadi besau sikit eh?

Malas cerita panjang, korang layan aja lah gambar-gambar kat bawah. ini je yang sempat aku hamek. tak sempat ah nok. tuan rumah yang berwibawa mestilah busy ke hulu ke hilir. eceh.


Mee jawa dan laksa
order dari makcik bernama makcik maryam.
dia ada kedai dekat dengan ong tai kim.
pernah pekena laksa dan mee kari
kat kedai makcik maryam 5 tahun lepas. 
sampai sekarang masih terbayang kehebatan
laksa dan mee kari makcik maryam
kemudian bersusah payah mencari kedai makcik maryam.
oh kedai dia masih kukuh di ong tai kim.
bisnes makin berkembang.
syabas makcik maryam.


Sardine puff.
Bersengkang mata buat dengan en suami.
en suami tolong potong-potong kulit pastry dan letak inti sardin,
kemudian aku kelim tepi-tepi dia.
buat sendiri semua ini.
sila kagum.
uhuh
(=,=)

Caramel pudding
buat dua bijik
gembira bila licin dua bijik

Rich cocoa pudding : rupa sebelum kuah di tuang.
nampak ada berketul-ketul tu?
itu sebab aku tak kacau betul-betul.
(--")

Rich cocoa pudding : selepas campur dengan kuah.
first time buat. 
resipi ambil dari blog mat gebu.
aku suka puding ni.
rasa nikmat gila bila makan sejuk-sejuk.
blueberry muffin, puding laici, puding santan
my auntie yang bawak.
sedap gila dia buat.
yang muffin itu die tempah. sedap gila juga.



kentang + mayonis + telur + bawang + lada hitam= potato salad
my all time faverito.
boleh makan berpinggan-pinggan sebab dah memang feveret haku.

ini dia abang aku bersama kakak ipar yang tolong 
buatkan nasi goreng cina yang sedap.
terima kasih kak mimi :)
eh ada seorang budak tiada dalam gambar ini.
cuba teka siapa.









itu sahaja cerita pasal rumah terbuka aku. walau cerita dah basi, tapi aku nak ucap terima kasih bebanyak pada yang sudi datang. aku nak mintak mahap kalau ada kekurangan. eh memang banyak terkurang kan. maaf banyak-banyak. pada yang tak sempat aku jemput tu, aku nak mintak maaf banyak-banyak juga. aku budak baik. sekian terima kasih.




terima kasih kerana membaca ;)





notakaki-sedang dalam proses mengpublish entry yang terperam.




Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha



Oh harap tak terlambat nak ucap salam aidiladha buat semua umat Islam. Maaf zahir batin. Semoga segala pengorbanan kita mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. amin.  Cemana raya korang? raya haji tahun ini tersangatlah sedih. sebabnya tak dapat beraya dengan family ;( patutnya turn aku tahun ni so raya kat kuantan. tapi apakan daya. encik suami tak dapat cuti. so beraya di kl sajalah tahun ni. bila dengar takbir raya, hati jadi sayu teringat mama, abah, opah dan atuk di kuantan. oh nanti kena mintak encik suami qada' balik kuantan tu balik. ngeh ngeh ;p

Bila beraya berdua di kl, menu hari raya pun ala kadar je. nak buat rendang, macam leceh. duduk berdua. nanti siapa nak makan. eleh. cakap jela tak pernah masak rendang. bukan tak pandai, tapi tak pernah. kalau tak pandai, boleh belajar sampai pandai kan so lain maknanya tak pandai dengan tak pernah ya. nak cakap pandai masak rendang tapi tak pernah masak je ke? eh bukan. actually memang tak pandai. tapi kalau tak pandai, boleh belajar sampai jadi pandai kan. eh eh. haku merepek-repek pulak sampai aku sendiri tak paham.

Ok. untuk hari raya haji ni, aku just masak dua menu simple sahaja. nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang semua tak ada. aku hanya masak nasi ayam dan puding triffle sahaja. cukuplah untuk dua orang kan. Nasi himpit, rendang dan kuah kacang aku pow dari mak cik aku. Terima kasih chu! :).Nak tengok hasil masakan aku. tengok gambar-gambar di bawah.


Honey roasted chicken.

Tadaa~~
 First time masak nasi ayam ni. banyak nya masakan yang baru buat
pertama kali. al-maklumlah, lepas kahwin baru nak belajar masak.
oh malu nya bagitahu secara public di sini.
(T_T)
nasib baiklah walau pertama kali masak nasi ayam, 
kira menjadi lah juga.
 nasi pun masak dengan elok walau pertama kali guna basmathi.
gila cuak takut tak jadi oh.
oh saya dulu amatlah jahil pasal masak-memasak ni.
sekarang baru nak terkedek-kedek belajar memasak. uhuh.
psst...resipi nasi ayam ini cedok dari blog mat gebu ;)


rupa triffle sebelum diselaputi jelly dan custard sauce
sudah siap!
 eh tapi comot sikit.
nak cepat punya pasal.
ini pun pertama kali buat.
tersangatlah senang kak oiiii.



  dari tepi.

gile comot aku buat.
bawah skali tu swiss roll.
swiss roll tu amatlah lembik sebab tu puding triffle ini
comot rupanya.


credit to lynna shaari.
klik SINI untuk resipi.



Bawah ini pula baju yang aku pakai time raya. Pakai pun dah petang time nak pergi beraya kat rumah makcik aku. Pagi raya hanya pakai tshirt sahaja. kata duk rumah berdua je kan.


Simple gile.
Beli dah siap time kat bandung.
eh rumah aku memang banyak cat color pink ;p






Salam Aidiladha.
ok bye!

Wednesday, November 10, 2010

selamat...




salam semua~~~


Alhamdulillah.  
i telah selamat sampai ke kuala lumpur ahad yang lepas.
flight hanya delay selama setengah jam sahaja.
nyaris-nyaris tak dapat balik kl.
bukan sebab gunung berapi.
tapi.. tapi..
nanti la i cerita dalam next entry.
 kalau i rajin nak update.
sekarang mood malas berblog sedang bermaharajalela.

camana nak buat nehhh.
adehhh
(T_T)






stay tuned~~




Wednesday, November 03, 2010

bawa diri





esok akan ke jakarta dan bandung. 
flight pukul 9.30am.
pergi hingga hari ahad sahaja.

oh hati berdebar-debar sahaja.
doakan keselematan kami ya kawan-kawan.

Ya Allah, lindungilah perjalanan dan keselamatan kami sepanjang berada
di sana. dan juga di sini. 
amin.





Monday, November 01, 2010

Pengumuman..

Aiyakkkkkk. bikin wa emo saja lah. wa talak tau mau buat apa sudah dengan olang yang suka menculi foto olang lain sesuka-suka hati meleka. kadang-kadang wor, ada kawan-kawan wa hantar meses tanye wa ada buka account fb baru ka? wa manyak tekejut. wa galu kepala wa yang gatal ini. memang gatal kepala wa sebab ada sedikit kelulumur. itu olang putih cakap, dandruff. sebut betul-betul. dandruff. bukan kutu. kicik-kicik dulu rambut wa memang ada kutu. bukan sebab wa pengotor. nehi. nehi. tapi sebab jangkit dengan kawan sekolah lendah. oh wa ingat lagi nama budak yang mengtransferkan kutu ke kepala wa. wa memang menci itu budak. tapi tidak mengapa.wa bersyukul. kelana wa dapat juga merasa pengalaman kepala berkutu. tapi wa punya kutuk dapat hidup sikijap aja. lu tau kenapa? sebab wa kasik dia makan dettol. meleka telus meninggal. balu puas hati wa. eh eh. wa sudah melalut. wa bukan mahu celita pasal kutu kelapa. wa mahu celita kisah olang yang suka menculi gambar. orang menculi patut kena potong tangan. balu lah wa gembila tepuk tangan. lu punya tangan sudah kena potong, lu dah tak boleh tepuk tangan. wa tepuk tangan lagi.




ini olang memang butut butut bikin wa malah. suka-suka hati mak lu aja 
culi gambar wa. lepas tu buka account balu guna nama wa juga.
haiyaaaa! lu memang tak sekolah ka? dulu kat sekolah, cikgu talak ajar
ka pasal menculi? lu tak tak apa hukumnya menculi?
talak tau??
haiyaaaa.. 
lu memang tak sekolah la kawan. 
wa kasihan sama lu.

ini olang pun sama. menculi juga. tak sekolah juga.
tapi wa talak paham, kenapa mahu culi gamba wa yang ini. 
manyak wa jumpa guna gamba ini buat plofile meleka.
haiyaaaa.
lu memang tak sekolah.

lu pun sama bikin wa malah.
lu memang tak sekolah.


haiya. bila wa malah arr, muka wa melah-melah wor. sebab temperature muka dan badan sudah naik. lu mesti manyakkkk takut tengok muka wa melah-melah. selupa itu hell boy wa cakap sama lu. lu takut? takut tak? takutttt takkkk??? tapi wa mau tanya lu dulu. lu tau ka muka melah hell boy macam mana. kalau lu talak tau, lu pi google sendili. haaa, kalau takut, jangan buat lagi kalau tanak tengok muka wa melah macam itu hell boy. 


Kat sini juga wa mahu buat pengumuman bahawasanya wa hanya ada SATU account facebook dan satu lagi wa punya fanpage untuk wa punya blog.


 http://www.facebook.com/nadia.bayu

 ini profile fb wa yang asli.
tengok address page wa tu.
jangan add wa kat sini.
wa punya account sudah mau penuh.
(T_T)


ini pula fanpage untuk wa punya blog. kalau lu suka, lu boleh klik like. 
kalau lu talak suka, wa talak boleh buat apa-apa.
lu pun tak payah buat apa-apa.



kalau lu ada jumpa mana-mana account fb selain dari account wa, lu jangan pecaya. itu budak talak sekolah yang punya. jangan add itu budak talak sekolah. kalau itu budak sekolah add lu, lu tanya dia dulu, dia ada pergi sekolah tak? kalau dia cakap sekolah, lu kata lu mahu sekolah kan dia balik.haaa. balu lah halmoni. balulah, live happily ever after.






sekian.
telima kasih





Monday, October 25, 2010

Pesan Mama

Dapat sms daripada mama tengahari tadi. encek suami dapat. saya pun dapat. Terus jadi sebak selepas baca sms dari mama.



sms mama kepada encik suami :

Assalamualaikum..setahun yang lalu, di saat ini mama dan abah menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga dan pelindung kepada anak perempuan kami...Alhamdulillah mama dan abah bersyukur melihat kehidupan Rizal dan  Nadia sempurna di mata kami.. semoga Rizal dapat membimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah.. hepi anibeseri...

sms mama kepada anak perempuannya :

Assalamualaikum.. saat ini setahun yang lalu mama dan abah terpaksa melepaskan tanggugjawab sebagai penjaga, pelindung kepada anak perempuan yang amat kami kasihi kepada seorang lelaki yang bergelar suami.. tetapi yang lepas hanya tanggugjawab, yang kekal adalah kasih sayang sehingga akhir hayat kami.. jadilah isteri yang menyenangkan mata dan hati suami, doa kami berdua semoga bahagia dunia dan akhirat, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. hepi aniberseri..


Amin.. serius sebak sangat. tiba-tiba terus menangis dekat encik suami. masih ingat dulu menangis beria-ria sampai air hidung meleleh-meleleh sebelum akad nikah sebab sedih mengenangkan diri akan jadi hak milik suami bukan lagi mama dan abah. orang lain dok gembira nak nikah tapi saya rasa sedih yang amat.eheh. mengada tak?? time nak akad nikah mestilah bikin drama sket. baru lah memorial. sok sok dah ada cucu cicit boleh la kasik bed time story cite nenek dia nangis-nangis tamau kawen. hahaha. gediks je lebeh. (--").

Nak tampal video nikah kali yang ke berapa ntah dalam blog ni. tengok ulang-ulang banyak kali pun rasa sebak je time nak akad nikah. haihh. mane tisu nehh ?




Sunday, October 24, 2010

anniversary pertama kami


Weh korang nampak tak wedding ticker tu tulis apa? cuba baca kuat-kuat sikit biar sampai jiran sebelah boleh dengar. eh perlu ke??? (--")

haaa. hari ini genap lah setahun sudah saya dan encik mohd rizal berkahwin. setahun dah weh. cepatnya masa berlalu kan kan kan. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-NYA. harapnye perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat dan insya Allah hingga ke syurga. dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. AMIN.

semalam sempat celebrate eniberseri secara kecil-kecilan di rumah. banyak yang tak sempat nak buat sebab plan pun last minute sebenarnya. sabtu kena keja. sampai rumah pun dah lambat. so buat jelah apa yang ada.
cake ke dessert lain tak de pong! *sob* 

Malas nak cerita panjang, korang usha jelah gamba-gambar bawah ni.




hubby + wifey + some candles + lite music = perfect dinner 
♥♥♥
just for the two of us ;)
 overcooked veggies + corn + potato salad + saltie lamb chop
 uhuh
sepsi plak dia. 
tutup mata semua!
(--")




happy first anniversary sayang!
mumu loves u so much.



eh ok.
nak pegi memasak. 
bye~